Sejarah

Pertanyaan

apakah iktibar majlis perasmian Jambatan kedua?

1 Jawaban

  • Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac di Lapangan Batu Maung, Pulau Pinang.

    JSAHMS dengan kepanjangan 24 kilometer, 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan 7 kilometer di daratan merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ia menghubungkan Batu Kawan di Semenanjung Malaysia dan Batu Maung di Pulau Pinang telah mengguna pakai teknologi galas getah asli beredaman tinggi yang mampu menahan gegaran gempa bumi shingga 8.2 pada skala richter. Getah beredaman tinggi yang digunakan dalam projek ini merupakan hasil rekabentuk Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom. Galas getah ini dihasilkan oleh syarikat pembuat produk getah tempatan dan lebih daripada 2000 galas getah digunakan dalam projek pembinaan ini.

    Penglibatan Lembaga Getah Malaysia di dalam projek ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana projek ini merupakan projek komersil pertama di Malaysia yang mengguna pakai teknologi galas getah asli beredaman tinggi untuk melindungi struktur daripada gempa bumi. Selain itu, galas getah buatan Malaysia ini turut membuktikan daya saing industri pembuat produk getah Malaysia dalam menghasilkan produk getah yang bernilai tambah.

Pertanyaan Lainnya